Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Pelbagai hidangan unik Poland diketengahkan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Lebih 10 jenis makanan Poland yang dihasilkan oleh dua cef selebriti dari negara itu, Marcin Budynek dan Marious Olechno telah diketengahkan pada Majlis Demo Masakan Poland yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, semalam.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Duta Besar Poland ke Kuala Lumpur, Tuan Yang Terutama Krzysztof Debnicki dan isteri, Ewa Gotz Debnicka.

    Turut hadir ialah Pengurus Abdul Razak Holding, Haji Suhaimie dan isteri, serta para jemputan khas.

    Antara masakan yang didemontrasikan ialah hidangan unik Poland iaitu Mixed Mesclun, Romaine Lettuce, Iceberg Lettuce, Roast Duck with Apples and Herbs, Chicken in Casserole dan banyak lagi.

    Promosi masakan Poland tersebut merupakan kerjasama antara Kolej Perdagangan Laksamana dan Kedutaan Besar Republik Poland yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia.

    Kedua-dua cef berkenaan mempunyai pengalaman dan kepakaran yang meluas dalam bidang mereka.

    Kedua-dua cef selebriti berkenaan ketika membuat demonstrasi masakan Poland.
    Antara yang hadir pada majlis berkenaan, termasuk Duta Besar Poland ke Kuala Lumpur.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...