Tuesday, December 24, 2024
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelbagai kesalahan dikesan di bawah Akta Kawalan Harga

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Sebanyak 19 notis amaran dan tujuh kompaun dengan jumlah keseluruhan sebanyak $4,100 telah dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, atas kesalahan melanggar Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan peraturan-peraturan di bawahnya sepanjang Julai dan pertengahan Ogos ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JPES, penguatkuasaan rutin harian yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Pengguna, JPES dalam tempoh itu telah mendapati beberapa buah premis perniagaan melakukan kesalahan dengan tindakan kompaun dikeluarkan mengikut kekerapan kesalahan dibuat.

    Dua buah syarikat telah didapati melakukan kesalahan menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan di mana sebuah syarikat dikenakan kompaun sebanyak $700 dan sebuah syarikat lagi dikenakan kompaun sebanyak $500.

    Sementara itu, lima buah syarikat didapati melakukan kesalahan memaparkan tanda harga yang mengelirukan di mana paparan tanda harga tidak selaras dengan harga yang tercatat dalam sistem kaunter pembayaran di mana dua buah syarikat dikenakan kompaun sebanyak $700 dan tiga buah syarikat dikenakan kompaun sebanyak $500.

    JPES menasihatkan para peniaga untuk sentiasa mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan peraturan-peraturan di bawahnya dan seterusnya mengamalkan amalan perniagaan yang beretika, termasuk memastikan paparan tanda harga yang betul serta jelas bagi mengelakkan amalan mengelirukan pengguna.

    Pegawai penguat kuasa semasa membuat pemeriksaan harga di salah sebuah kedai runcit. – Gambar serahan JPES
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda