Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Okt – McDonald’s Brunei bagi bulan Oktober ini menampilkan pelbagai menu promosi termasuk hidangan Eggcellent McChicken berserta burger ayam yang diisikan dengan salad dan sos istimewa serta telur.
Pada 5 Oktober ini, McDonald’s Brunei juga memperkenalkan dua menu terbaru iaitu Chicken Curry Ricebowl dan Pepper Beef Ricebowl. Chicken Curry Ricebowl menampilkan pati ayam dengan sos kari, nasi, tomato dan salad segar. Sementara itu, Black Pepper Beef Ricebowl pula menampilkan dua pati daging dengan sos hitam sulah serta nasi, tomato dan salad segar.
