Monday, May 13, 2024
32.8 C
Brunei

    -

    Pelicans singkirkan Trail Blazers

    PORTLAND, OREGON, 2 MAC – Brandon Ingram mencuri tumpuan daripada pertemuan semula antara Damian Lillard dan CJ McCollum.

    Ingram mencatat 40 mata tertinggi musim ini dan New Orleans Pelicans menewaskan Portland 121-110 semalam dalam pertemuan pertama di gelanggang antara Lillard dan bekas rakan sepasukanTrail Blazers, McCollum.

    McCollum mengakhiri perlawanan dengan 24 mata untuk membantu Pelicans menamatkan empat kekalahan berturut-turut manakala Lillard menjaringkan 41 mata untuk Blazers.

    “Sungguh seronok dapat bersaing dengan rakan sebaya awda dan bekerjasama dengan orang yang awda hormati,” kata McCollum. “Itulah maksud permainan ini. Ia mengenai menghormati permainan, bermain bersungguh-sungguh dan sepenuh tenaga,” jelasnya
    Lillard amat bersemangat selepas berjaya menjaringkan bola pada lewat suku ketiga, dan dia juga berjaya menambah mata percuma untuk memberikan Blazers mata pendahuluan 85-80.

    Portland mencatat kelebihan 91-90 mata menuju ke suku akhir. Tetapi Ingram membuat lompatan berturut-turut yang memberikan New Orleans 108-99 pada pertengahan tempoh.

    Naji Marshall seterusnya menambah layup untuk melanjutkan lagi jaringan ketika Portland menjadi tidak produktif di lapangan.

    Ingram menambah mata apabila perlawanan berbaki 2 minit 55 saat memberikan Pelicans keputusan 114-101 untuk mengesahkan kemenangan. Perlawanan itu menandakan kali pertama Lillard dan McCollum bersaing antara satu sama lain selepas kira-kira sembilan tahun bersama dalam pasukan Portland. – AP

    Pemain Trail Blazers, Damian Lillard (kiri) dikawal pemain Pelicans, CJ McCollum semasa separuh masa pertama perlawanan bola keranjang NBA di Portland, Oregon, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Penggodam Korea Utara curi data dari komputer mahkamah

    SEOUL, 12 MEI - Penggodam Korea Utara mencuri data sensitif, termasuk rekod kewangan individu, daripada rangkaian komputer mahkamah Korea Selatan selama dua tahun, kata...