DOHA, 22 FEB – Andy Murray mengalami satu lagi tamparan besar apabila tewas dalam perlawanan tenis yang berpanjangan dan sengit dengan pemain remaja Czech, Jakub Mensik dalam pusingan kedua Terbuka Qatar kelmarin.
Bekas pemain nombor satu dunia, Murray menamatkan enam kekalahan berturut-turut dalam pusingan pembukaan pada Selasa, tetapi tersingkir selepas hampir tiga jam setengah di gelanggang dan tiga tie-break, tewas 7-6 (8/6), 6- 7 (3/7), 7-6 (7/4).
Mensik yang berusia 18 tahun sedang menikmati musim kejayaan dalam Jelajah ATP.
Remaja itu berjaya dalam peringkat kelayakan sebelum tewas dalam lima set kepada Hubert Hurkacz di Terbuka Australia dan menewaskan Alejandro Davidovich Fokina di pusingan pertama Doha.
Pemain nombor 116 dunia itu melakukan 12 servis cemerlang mengatasi Murray, yang terlepas dua mata set dalam tie-break pertama.
“Saya berasa gembira. Ini adalah perlawanan yang sukar hari ini,” kata Mensik.
“Andy adalah pemain yang luar biasa, saya tahu itu. Ketika saya masih muda, saya menyaksikan dia memenangi Wimbledon dua kali, jadi sukar percayai dia masih boleh bersaing dengan pemain-pemain terbaik di dunia.”
Mensik memperoleh kemenangan itu pada mata penamat pertamanya, selepas gagal melakukan servis untuk perlawanan dua kali pada set penentuan sebelum ini ketika Murray bangkit daripada kedudukan 5-2 dan dua kali ketinggalan di belakang. – AFP