Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemandu lesen kenderaan mansuh dikompaun

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 DIS – Sejak bermulanya penggunaan lesen digital pada 15 Disember lalu, sebanyak 21 kesalahan telah dikesan di bawah Akta dan Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya (Penggal 68).

    Kesalahan itu direkodkan semasa operasi rondaan di Daerah Brunei dan Muara pada 16 sehingga 21 Disember oleh Unit Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), menurut Pengarah Pengangkutan Darat, Haji Rozaly bin Haji Saidon pada sidang media JPD hari ini.

    Menurutnya, kesemua kesalahan itu telah diperiksa status tempoh sah lesen kenderaan (road tax) atau lesen memandu melalui lesen digital dan mendapati sebuah daripada kenderaan tersebut mempunyai tempoh sah yang telah mansuh dan pemiliknya dikeluarkan kompaun.

    Penguatkuasaan lesen digital tersebut bukan sahaja diguna pakai oleh Unit Penguatkuasaan JPD, malah Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) turut menguatkuasakannya melalui Akta dan Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya, tambahnya.

    Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mengajukan pertanyaan mengenainya, boleh menghubungi Talian Darussalam 123, talian WhatsApp JPD di 7181641 atau Instagram @jpd.bn atau e-mel kepada info_ltd@jpd.gov.bn.

    Gambar fail sekatan jalan raya oleh polis. Selain Unit Penguatkuasaan JPD, PPDB juga akan menguatkuasakan lesen digital dalam pemeriksaan jalan raya mereka.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda