Saturday, October 26, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemandu mabuk langgar murid Tahun 5 direman

    PORT DICKSON, 25 OKT – Seorang lelaki di reman berikutan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan seorang murid Tahun Lima yang sedang melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Port Dickson, di sini semalam.

    Ketua Polis Port Dickson, Supt. Maslan Udin berkata kemalangan itu melibatkan sebuah Perodua Myvi dan seorang murid lelaki yang sedang melintas jalan pada kira-kira pukul 7:10 pagi.

    Beliau berkata kejadian berlaku apabila pemandu lelaki berumur 28 tahun dalam perjalanan dari pekan Port Dickson menghala ke arah Teluk Kemang.

    “Sebaik tiba di tempat kejadian, semasa pelajar sekolah itu melintas jalan ke sekolah, pemandu kereta gagal mematuhi lampu isyarat merah dan telah melanggar pelajar berkenaan. Akibat kemalangan tersebut, pelajar itu mengalami kecederaan patah pada ibu jari kaki kanan serta luka di kaki dan tangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda