Saturday, January 18, 2025
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembaharuan aplikasi dihargai

    Oleh Sim Y. H.

    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 APRIL – Pembaharuan yang diperkenalkan pada aplikasi maklumat kesihatan mengenai pandemik COVID-19, healthinfo.gov.bn, mendapat pujian serta sambutan yang amat menggalakkan daripada pengguna yang secara purata menyatakan ia lebih komprehensif bagi para pengguna.

    Mereka menyatakan bahawa ciri-ciri yang menarik perhatian ialah Health Education Tool and FAQs yang memberikan maklumat kepada para pengguna mengenai dengan COVID-19 serta jawapan bagi soalan-soalan yang kerap dibangkitkan.

    Salah satu ciri yang baharu yang turut mendapat perhatian ramai pengguna ialah COVID-19 Activity Traces (Hotspots) yang memberikan maklumat mengenai dengan kawasan titik panas jangkitan berdasarkan maklumat pengesanan kontak pada tarikh-tarikh tertentu supaya orang ramai dapat mengetahui dan menjauhkan atau berhati-hati di kawasan tersebut.

    Salah seorang pengguna, Awang Ismail bin Haji Hidup, dalam temu ramah ringkas bersama media hari ini, menghargai usaha pihak kerajaan dalam menyediakan aplikasi yang berguna itu dan pembaharuan pula menyebarkan maklumat lebih telus, tepat dan cepat kepada orang ramai.

    “Bagi saya, maklumat yang dipaparkan dalam aplikasi amat berguna kerana ia menunjukkan keadaan jangkitan COVID-19 di negara kita dan juga di peringkat global.

    “Saya amat kagum dengan ciri-ciri baharu yang diperkenalkan dalam aplikasi itu, menjadikan ia lebih efisien manakala maklumat juga dipaparkan dengan lebih baik, terutamanya kenyataan daripada pelbagai kementerian serta penjelasan bagi persoalan yang dibangkitkan.“

    Beliau juga berharap maklumat-maklumat boleh dibuat dalam dwi-bahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi memudahkan pengguna yang kurang memahami Bahasa Inggeris untuk sama-sama memanfaatkan dan memahami sepenuhnya maklumat yang diketengahkan aplikasi berkenaan.

    Maklum balas yang positif itu, turut dikongsi oleh seorang lagi pengguna, Fuad Hashim yang menyatakan bahawa ciri-ciri baharu yang diperkenalkan amat bermanfaat terutamanya pada bahagian kenyataan media yang dikeluarkan kerajaan (Government Press Statements) yang memberikan penjelasan mengenai dengan langkah-langkah atau polisi yang dilaksanakan oleh pelbagai jabatan dan kementerian kerajaan dalam usaha menangani wabak COVID-19.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda