Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembangkang rampas kerusi parti Konservatif

    LONDON, 3 MEI -Parti Konservatif yang memerintah Britain kehilangan kerusi parlimen kepada parti Buruh hari ini ketika negara itu menunggu keputusan pilihan raya tempatan yang berkemungkinan menambah tekanan kepada pemimpin, Rishi Sunak.

    Parti Buruh merampas kerusi Blackpool South, di barat laut England, dalam kekalahan pilihan raya kecil.

    Kekalahan itu berpunca apabila ahli Parlimen Konservatif kawasan berkenaan meletak jawatan ketika pengundi membuat undian bagi pemilihan tempatan semalam.

    Chris Webb dari parti Buruh menang dengan 26.3 peratus – margin ketiga terbesar daripada Konservatif kepada Buruh pada pilihan raya kecil sejak Perang Dunia Kedua.

    “Kemenangan besar di Blackpool South ini adalah keputusan paling penting hari ini,” kata pemimpin Buruh, Keir Starmer, yang dijangka menjadi Perdana Menteri Britain seterusnya.

    Pilihan raya yang akan datang berfungsi sebagai penilaian pengundian terakhir yang signifikan sebelum Sunak menghadapi undian di peringkat kebangsaan yang dijangkakan pada separuh kedua tahun ini.

    Parti Konservatif yang berkuasa sejak 2010 dan mempertahankan banyak kerusi pada pilihan raya tempatan terakhir pada 2021, dijangka mengalami kerugian besar.

    Untuk mempertahankan ratusan kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya tempatan pada 2021 itu dilihat agak sukar untuk Konservatif. – AFP

    Reaksi Webb (kanan), dan Starmer semasa berada di Kelab Kriket Blackpool, England pada 3 Mei selepas diumumkan menang dalam pilihan raya kecil Blackpool South. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda