Thursday, September 19, 2024
34.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pembuat vaksin mpox sedia hasilkan 10 Juta dos

    COPENHAGEN, 16 OGOS – Pengeluar ubat Denmark, Bavarian Nordic kelmarin berkata bahawa ia bersedia untuk menghasilkan sehingga 10 juta dos vaksin yang menyasarkan mpox menjelang 2025 selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan lonjakan virus di Afrika sebagai kecemasan kesihatan awam global.

    Bimbang dengan peningkatan kes di Republik Demokratik Congo dan penularan wabak penyakit ke negara-negara berdekatan, pakar WHO berkata pada Rabu bahawa ‘situasi ini merupakan kecemasan kesihatan awam yang menimbulkan kebimbangan antarabangsa’.

    “Kami mempunyai kapasiti pengeluaran tambahan sebanyak dua juta dos untuk tahun 2024 dan (jumlah keseluruhan) 10 juta dos menjelang 2025,” kata Rolf Sass Sorensen, Naib Presiden Bavarian Nordic, kepada AFP.

    Syarikat itu sedang menunggu pesanan dari negara-negara yang terlibat sebelum memulakan pengeluaran. “Kami perlu melihat kontrak-kontrak tersebut,” kata Sorensen. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda