Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Pemenang seni khat diraikan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Awang Mohd Nazir bin Haji Othman diumumkan sebagai pemenang Kategori Tradisional manakala itu, Awang Khairol Helmy bin Abdullah menjuarai Kategori Kontemporari dalam Pertandingan Seni Khat Peringkat Kebangsaan anjuran Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (PPKKI-YSHHB).

    Tempat kedua pula masing-masing dimenangi oleh Awang Mohd Riziman bin Haji Usin dan Awang Haidi Sewardi bin Haji Mohidi.

    Manakala itu, Awang Mohd Adiyusnira bin Haji Johari dan Haji Awang Zamady bin Haji Awang Mohammad memenangi tempat ketiga dalam kategori masing-masing.

    Pemenang pertama bagi kedua-dua kategori menerima wang tunai $2,000, tempat kedua menerima $1,500 dan pemenang ketiga menerima $1,000 manakala itu, empat pemenang untuk kedua-dua kategori menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai $500.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), hari ini, ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan.

    Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan semasa menyampaikan hadiah kepada pemenang Kategori Tradisional dalam Pertandingan Seni Khat Peringkat Kebangsaan, Awang Mohd Nazir bin Haji Othman pada majlis yang berlangsung di Dewan Serba guna, Kompleks Yayasan. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua semasa menyampaikan hadiah kepada juara Kategori Kontemporari dalam pertandingan tersebut.
    Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa diberikan penerangan mengenai seni khat tersebut. – Gambar oleh Bahyiah Bakir
    Antara seni khat yang dihasilkan oleh para peserta pertandingan tersebut.

    Turut hadir ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar selaku timbalan pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar selaku ahli Lembaga Pengarah Yayasan dan pengerusi Lembaga Tadbir PPKKI-YSHHB.

    Pertandingan berkenaan adalah selaras dengan hasrat penubuhan PPKKI-YSHHB untuk memartabatkan tulisan jawi khususnya kaligrafi Islam.

    Pertandingan dihasratkan bagi mengasuh bakat dan kemahiran serta memupuk minat di kalangan anak tempatan dalam seni khat iaitu bagi memartabatkan tulisan Jawi sebagai khazanah negara yang agung.

    Pertandingan itu telah dibukakan kepada orang ramai dengan berkonsepkan karya siap bermula pada 20 September sehingga 30 November lalu di mana 13 penyertaan diterima bagi Kategori Tradisional dan 38 penyertaan bagi kategori Kontemporari.

    Hasil karya para pemenang dan peserta pertandingan juga dipamerkan bagi kunjungan orang ramai di Ruang Legar Tingkat Bawah Blok C, Kompleks Yayasan selama seminggu.

    Usaha berkenaan adalah untuk mendukung penganjuran Festival Disember Brunei 2021 yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...