Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin dunia kumpul AS$19b perangi COVID-19

    GENEVA, 26 APRIL – Pemimpin dunia bersatu untuk mengumpul dana sebanyak AS$19 bilion bagi melawan pandemik COVID-19 berikutan vaksin tidak memberi jaminan sepenuhnya.

    Setahun selepas pelancaran Access to Covid Tools (ACT) Accelerator, usaha koordinasi antarabangsa bernilai berbilion dolar untuk mencari vaksin, ujian dan rawatan, sasaran memberikan satu bilion vaksin hampir dicapai.

    Namun, pemimpin memberi amaran bahawa kemajuan sudah diperoleh dan dorongan lain diperlukan untuk menghilangkan pandemik itu kerana muncul varian baru yang semakin merebak di India.

    Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata kemunculan varian virus baharu ia perlu dikawal segera daripada merebak.

    “Kemunculan varian baharu menunjukkan bahawa kesihatan kita juga bergantung pada negara termiskin kerana masih banyak yang harus dilakukan,” katanya.

    ACT Accelerator mencari AS$22 bilion tahun ini untuk melancarkan serangan terhadap wabak itu, tetapi masih kekurangan AS$19 bilion.

    Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata pemimpin dunia kini tidak banyak pilihan.

    “Sama ada melabur untuk menyelamatkan nyawa dengan menangani penyebab wabak ini atau terus menghabiskan bertrilion dolar tanpa penghujungnya.

    “Kami hanya dapat mengakhiri pandemik dengan pemberian dana, berkongsi dan meningkatkan akses kepada alat yang kami perlukan untuk melawan penyakit ini,” katanya. – AFP

    Pekerja kumpulan Doktor Seluruh Benua memunggah vaksin AstraZeneca di lintasan sempadan Bab al-Hawa di antara Syria dan Turki di Idlib pada 21 April 2021. Vaksin dihantar sebagai sebahagian daripada program Covax bertujuan memastikan akses saksama kepada vaksinasi COVIdD-19. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda