Sunday, September 29, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemimpin Korea Utara lawat Rusia ‘apabila semua syarat dipenuhi’

    TEHRAN, 25 JUN – Lawatan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un ke Rusia akan berlangsung apabila ‘semua syarat yang diperlukan dipenuhi’ dan asas untuk menandatangani dokumen telah disempurnakan, kata Timbalan Menteri Luar Rusia, Andrey Rudenko kepada Sputnik.

    Pada 19 Jun lalu, Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata beliau menjangkakan Kim Jong Un akan membuat lawatan balas ke Moscow.

    “Saya fikir sebaik sahaja semua syarat yang diperlukan untuk lawatan ini dipenuhi dan asas tertentu untuk dokumen-dokumen yang perlu ditandatangani pada tahap ini telah disempurnakan, lawatan ini akan berlangsung,” kata Rudenko. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda