Tuesday, January 28, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat bimbang kesihatan Rose terganggu

    Anggota kumpulan Blackpink, Rose menjadi perbualan hangat selepas peminat menyuarakan kebimbangan terhadap kesihatannya.

    Peminat mula menyedari perubahan vokal Rose, 28, semasa persembahannya di Gala des Pièces Jaunes 2025 yang berlangsung di Paris pada 19 Januari lalu.

    Dalam konsert tersebut, penyanyi itu kelihatan berusaha keras membawakan lagu Stay A Little Longer dengan suaranya yang goyah.

    Perkara ini menimbulkan spekulasi sama ada Rose sedang bergelut dengan masalah kesihatan atau keletihan akibat jadual yang padat.

    Walaupun peminat mengagumi profesionalisme Rose, mereka berharap agensi dan pihak berkaitan lebih prihatin terhadap kesejahteraan artis.

    “Saya berasa sedih menonton persembahan ini, saya rasa Rose sangat terseksa.

    “Saya sudah banyak kali menonton persembahan secara langsung Rose sebelum ini, tetapi kali ini saya rasa dia tidak berada dalam keadaan baik,” komen peminat.

    Bagaimanapun syarikat pengurusan Rose iaitu YG Entertainment masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung keadaan Rose atau reaksi peminat.

    Sekadar info, konsert Gala des Pièces Jaunes 2025 merupakan sebahagian daripada aktiviti promosi kumpulan Blackpink di Eropah. – Agensi

    Rose terlibat dalam konsert Gala des Pièces Jaunes 2025 di Paris. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda