Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat terkejut tengok wajah Chen EXO

    Penampilan terbaharu anggota kumpulan Exo, Chen ketika melakukan video siaran langsung bersama peminat mengundang kecaman ramai.

    Chen atau Kim Jong-dae menjadi topik hangat di media sosial apabila wajahnya didakwa kelihatan lebih tua berbanding usia sebenarnya iaitu 32 tahun.

    Malah, penyanyi itu turut dituduh tidak menjaga penampilan kerana tiada masa selepas bergelar seorang bapa.

     “Dia pakai filter wajah orang tua ke?; Sejak jadi ayah ini, dia makin kurus dan muka berkedut; Mungkin penat jaga anak,” antara komen warganet.

    Bagaimanapun, ada warganet mempertahankan Chen dan menganggap isu diperdebatkan adalah perkara biasa memandangkan penyanyi itu sudah pun menginjak usia 30-an.

    “Dia cuma kurus sahaja dan normal sebenarnya untuk umur dia kalau ada kedutan pada wajah; Yang penting suara dia tetap sedap!” antara komen warganet lagi.

    Untuk rekod, Chen mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bukan selebriti pada 14 Januari 2020.

    Pasangan dikurniakan cahaya mata sulung pada April 2020.Pasangan dikurniakan cahaya mata sulung pada April 2020. – Agensi

    Chen dikatakan tiada masa untuk menjaga penampilan selepas bergelar bapa. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda