Wednesday, March 12, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peminat tuduh Kim Soo Hyun menipu, pernah bercinta

    Tidak lama selepas menyangkal pernah bercinta dengan Kim Sae Ron, muncul pula foto pelakon Kim Soo Hyun mencium pipi aktres berkenaan yang sedang tular di media sosial.

    Pendedahan dibuat saluran YouTube milik Garosero Research Institute mendakwa foto Sae Ron yang diambil ketika usianya 16 tahun dan gambar mesra tersebut adalah bukti mereka mempunyai hubungan romantik.

    Dalam reaksi segera, agensi pengurusan Soo Hyun iaitu Gold Medalist menafikan perkara itu dan menganggap foto tular itu tidak lebih sekadar dua individu bersentuhan pipi.

    Warganet bagaimanapun tidak berpuas hati dengan kenyataan berkenaan kerana jelas menunjukkan pelakon drama Queen Of Tears itu amat mesra dengan Sae Ron.

    “Habislah dia (Soo Hyun), sikap berbohong lebih teruk daripada bercinta dengan remaja bawah umur.

    “Tidak ada alasan lagi, tiada lagi cara untuk dia (Soo Hyun) mempertahankan dirinya,” tulis warganet.

    Tidak hanya itu, Garosero turut mendedahkan tangkap layer mesej yang didakwa ditulis oleh Sae Ron kepada Soo Hyun.

    Dalam mesej itu Sae Ron merayu kepada Soo Hyun agar diberi masa menyelesaikan hutang sebanyak 700 juta KRW.

    Sae Ron turut memberitahu aktor tersebut dia mendapat notis undang-undang dan berjanji akan membayar secara ansuran selepas menerima tawaran berlakon.

    Bagaimanapun Soo Hyun tidak membalas mesej tersebut.

    Sebelum ini, menerusi strim secara langsung di YouTube, Ga Se Yeon mendakwa Soo Hyun dan Sae Ron menjalin hubungan cinta selama enam tahun sejak mendiang aktres itu berusia 15 tahun.

    Bagaimanapun, Gold Medalist menafikan dakwaan itu dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap saluran YouTube tersebut.

    Pada 16 Februari lalu, Sae Ron ditemukan ditemukan mati di rumahnya di Seongsu-dong, Korea Selatan. Balai Polis Seoul mengesahkan pihak mereka tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian. – Agensi

    Soo Hyun terpalit kontroversi mencalarkan reputasinya dalam industri hiburan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda