Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pemuliharaan infrastruktur Romania yang pudar

    DI sebuah pekan yang dipenuhi air kolam berdekatan dengan sempadan Romania bersama dengan Bulgaria dan Serbia, Oana Chirila telah meletakkan topi keras di kepalanya dan duduk bekerja bersama dengan beberapa arkitek muda dalam usaha untuk menyelamatkan warisan negara itu.

    Usaha untuk memulihara seni bina ini, arkitek-arkitek cuba mempertahankan lubang-lubang yang pernah menyaksikan beberapa dekad sejarah Romania dan menelusuri era pemerintah-pemerintah negara itu.

    Justeru, disebabkan oleh jangka hayat infrastruktur ini yang sudah lama dan boleh sahaja rosak, sentuhan yang halus adalah diperlukan, lantas, Chirila dan kumpulannya berusaha untuk menyelesaikan masalah itu dengan menyediakan beberapa projek pemuliharaan sambil memanjakan diri mereka di sebuah dewan mewah yang terletak di tengah-tengah bangunan imperialis Herculance Bath.

    Chrilia memulakan projek pemuliharaan sebuah bangunan lama untuk mengekalkan kilauan infrastruktur daripada terus rapuh, dinamakan sebagai kompleks permandian yang pernah terbiar, dibina antara tahun 1883 dan 1886, dan telah menerima kesan daripada sikap-sikap manusia yang endah tak endah dan penswastaan yang tidak berpuasa hati.

    “Kami mesti bermula dengan seberapa cepat untuk memastikan ia bebas dari sebarang ancaman dan menyatukan bangunan itu,” kata salah seorang pelajar arkitek Chirila, yang mana berharap pihak berkuasa untuk membantu meningkatkan lagi sumber kewangan sebanyak 100,000 euro yang diperlukan untuk proses pemuliharaan di peringkat pertama.

    Bangunan ini telah ditempatkan dalam senarai ketujuh bangunan paling terancam di dunia oleh kumpulan warisan Europa Nostra. – AFP

    Maharaja Austria, Franz Joseph I pernah menerangkan bahawa bangunan ini pernah menjadi pusat peranginan tercantik di benua Eropah, malah Herculane pernah menjadi lokasi kegemaran penduduk Roman, yang meminati akan ‘keajaiban’ dan manfaat air termal mineralnya, menurut pakar sejarah, Dorin Balteanu kepada wartawan AFP.

    Bangunan ini pernah digambarkan oleh Maharani Elisabeth, nama singkatannya Sisi, sebagai sebuah bangunan yang menakjubkan apatah lagi lokasinya yang dikelilingi dengan hutan dan gunung. Sisi sering kali melawat bangunan ini pada sekitar tahun 1880an dan cuba untuk melakukan reumatisme dengan berendam di dalam air dan melakukan aktiviti berjalan kaki.

    Menurut legenda tempatan, Hercules yang sudah letih, wira Roman, pernah datang ke desa ini, di mana dia seronok menikmati lokasi permandian itu dan berehat, lantas, bangunan itu dinamakan atas sempena namanya malah arca menyerupai dirinya turut berdiri megah di tengah-tengah bangunan tersebut.

    Semasa era komunis, bangunan ini diabaikan malah ribuan infrastruktur yang berkilau yang lain di seluruh Romania telah jatuh ke tangan pemaju hartanah, di mana penduduk tempatan dan aktivis menuduh pemaju itu dengan mengambil keuntungan yang tinggi dengan merobohkan bangunan warisan ini dan membina bangunan-bangunan tinggi serta moden, malah ada kalanya dipersetujui oleh pihak berkuasa negara itu.

    “Sebenarnya ia adalah satu teknik pemaju hartanah, membiarkan monumen rosak dan terbiar serta dihancurkan,” kata Maria Berza, pakar dalam polisi budaya negara itu kepada media.

    Memadamkan sejarah lama?

    Di tapak permandian itu, beberapa simbol telah hilang semasa di bawah rejim komunis termasuk beberapa arca pemerintah Romania dan pada hari ini, agak sedikit sukar untuk membayangkan tapak-tapak keemasan semasa pemerintahan era Franz Joseph disebabkan kebanyakannya sudah berkarat, dinding retak dan marmar merah pecah yang mana pernah menutup kira-kira 30 kolam termal.

    Walaupun begitu, Balteanu menambah, bilangan pelancong semakin ramai di sini, walaupun terdapat kontroversi jualan pada tahun 2001, setelah kepentingan pusat penginapan itu diserahkan kepada ahli perniagaan dan politik, Iosif Armas dan difahamkan ia akan melabur untuk memulihkan bangunan itu.

    Di bina beberapa dekad lalu oleh Daniel Renard, seorang arkitek berketurunan dari Switzerland dan pernah menjadi lokasi kegemaran Rusia, Tsar Nicholas II semasa lawatannya pada tahun 1914. – AFP
    Pada hari ini, kasau bangunan itu kini menjadi rumah kepada burung-burung merpati yang sentiasa berkeliaran di persekitaran lampu candelier. – AFP

    Kini, Armas sedang menunggu perbicaraan atas tuduhan penggelapan yang berkaitan perjanjian itu. Bekas ketua perbandaran turut didakwa dengan rasuah berikutan hubungan dengan kes itu. Chirila berharap projek yang dijalankannya itu berjalan lancar dan mudah.

    “Tidak melakukan apa-apa sangat sukar untuk difikirkan. Jika kita tidak berupaya untuk menyelamatkan Harculane, sebahagian daripada identiti kita akan hilang selama-lamanya,” Chirila memberikan amaran.

    Solusi yang berdaya maju

    Manakala di kawasan timur negara itu dan berdepan dengan Laut Hitam, terdapat juga bangunan lain yang dinamakan sebagai The Constanta Casino, sebuah monumen Art Nouveau yang dibina sejak awal abad ke-20 dan dikhuatiri akan runtuh.

    Di bina beberapa dekad lalu oleh Daniel Renard, seorang arkitek berketurunan dari Switzerland dan pernah menjadi lokasi kegemaran Rusia, Tsar Nicholas II semasa lawatannya pada tahun 1914.

    Pada hari ini, kasau bangunan itu kini menjadi rumah kepada burung-burung merpati yang sentiasa berkeliaran di persekitaran lampu candelier, sementara, lantai-lantai marmar dan tangga yang kelihatan elegan dipenuhi dengan tahi dan bulu-bulu burung tersebut.

    “Kami telah cuba untuk mencari solusi yang berdaya maju selama 10 tahun untuk mengekalkan bangunan ini kembali kepada asalnya,” kata ketua perbandaran Constanta, Decebal Fagadau.

    Pada 2007, sebuah syarikat dari Israel bersetuju melanjutkan tawaran memodenkan kasino tersebut, namun selepas empat tahun, kontrak itu telah dibatalkan oleh dewan Constanta Town tanpa sebarang satu sen pelaburan yang akan datang.

    Perkara itu mencetuskan konflik antara dewan bandar dan pihak kerajaan tentang apa yang perlu dilakukan seterusnya, persatuan arkitek muda, Romania, Arche memutuskan untuk campur tangan.

    Tidur yang menawan

    Bangunan ini telah ditempatkan dalam senarai ketujuh, bangunan paling terancam yang mana telah disusun oleh kumpulan warisan, Europa Nostra. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda