Kontroversi melibatkan drama Korea, Snowdrop yang didakwa memutarbelitkan sejarah negara itu nampaknya semakin serius.
Ia apabila beberapa penaja dikatakan telah menarik diri daripada terkait dengan drama berkenaan.
Menurut satu kenyataan, syarikat Nut’s Shake merupakan penaja pertama yang menarik diri.
“Kami menjadi sponsor projek tanpa mengetahui isinya kerana kami diberitahu bahawa drama ini akan mendapat publisiti yang baik,” ujar wakil syarikat.
Tambahnya, pihak syarikat belum memeriksa lebih terperinci tentang kontroversi itu kerana belum menonton drama berkenaan.
Pihak syarikat meminta produksi memadam nama mereka pada bahagian penaga di episod ketiga. – Agensi