Saturday, November 16, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penalti licik Fabinho julang Monaco

    PARIS, 26 Feb – Fabinho dengan liciknya menyudahkan sepakan penalti di penghujung perlawanan ketika Monaco menewaskan Guingamp 2-1 untuk sekali lagi menerajui Ligue 1 dengan tiga mata.

    Kamil Glik memberikan pasukan pelawat pendahuluan di Brittany dan Fabinho menjaringkan satu ‘Panenka’ menerusi sepakan penalti dengan perlawanan berbaki empat minit sebelum Etienne Didot mengurangkan defisit gol di akhir perlawanan bagi pasukan tuan rumah.

    Ia adalah aksi kembali ke liga yang dialu-alukan bagi Monaco selepas tewas 5-3 kepada Manchester City dalam perlawanan pertama peringkat 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara.

    Skuad Leonardo Jardim kini tiga mata di persada liga di belakang Nice, yang bangkit menewaskan Montpellier 2-1 awal pagi Sabtu dengan dua jaringan daripada pemain simpanan, Mickael Le Bihan dalam kemunculan pertamanya dalam tempoh 17 bulan selepas pulih daripada kecederaan.

    “Adalah penting untuk kekal fokus selepas perlawanan Liga Juara-Juara yang meletihkan, para pemain melakukan tugas dengan baik dan saya gembira untuk mereka,” kata Jardim.

    Juara bertahan, Paris Saint-Germain kini enam mata di belakang pendahulu liga sebelum kunjungan mereka ke pesaing ketat, Marseille awal pagi esok.

    Monaco tanpa dua pemain pertahanan, Benjamin Mendy dan Andrea Raggi di Syade du Roudourou ketika Jemerson, Almamy Toure, Joao Moutinho dan Valere Germain semuanya diturunkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda