MIDDLESBROUGH, 1 Feb – Alvaro Negredo telah menyelamatkan Middlesbrough apabila penyerang Sepanyol itu berjaya menyudahkan sepakan penalti bagi memastikan keputusan seri 1-1 menentang West Bromwich Albion. Skuad Aitor Karanka ketinggalan selepas bekas pemain tengah mereka, James Morrison merembat masuk jaringan pendahuluan dari jarak 20 ela di Stadium Riverside. Namun tidak lama kemudian, Boro menyamakan kedudukan