Saturday, September 28, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pencerobohan sempadan, Korea S lepaskan tembakan amaran

    SEOUL, 21 JUN – Tentera Seoul berkata hari ini ia telah melepaskan tembakan amaran selepas tentera Korea Utara didapati melintasi sempadan yang dikawal ketat dalam pencerobohan ketiga bulan ini.

    Korea Utara telah mengukuhkan sempadan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menambah jalan taktikal dan memasang lebih banyak periuk api, yang telah mengorbankan tenteranya akibat letupan tidak sengaja, kata Korea Selatan.

    “Beberapa tentera Korea Utara yang bekerja di DMZ di barisan hadapan tengah kelmarin telah melintasi Garisan Sempadan Tentera,” kata Ketua Turus Seoul.

    “Selepas siaran dan tembakan amaran daripada tentera kami, tentera Korea Utara berundur ke kawasan utara,” tambah mereka.

    Insiden serupa juga pernah berlaku 9 Jun dan Selasa lalu, di mana tentera Seoul berkata kedua-dua pencerobohan itu nampaknya tidak disengajakan.

    Hubungan antara kedua-dua Korea semakin merosot beberapa tahun ini, lebih-lebih lagi apabila Kim Jong Un menjadi hos kepada pemimpin Rusia, Vladimir Putin minggu ini, dan menandatangani perjanjian pertahanan yang telah menimbulkan kebimbangan di Seoul. – AP

    Gambar bertarikh 19 Mac 2013 menunjukkan dua kamera televisyen litar tertutup Korea Utara di atas pos pengawal tentera Korea Utara, merakam perkampungan sempadan Panmunjom (DMZ) yang memisahkan kedua-dua Korea sejak Perang Korea, di Paju, utara Seoul, Selatan Korea. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda