Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendaki Everest wajib bawa alat penjejak, beg najis

    KATHMANDU, 13 MAC – Nepal telah mengarahkan pendaki gunung Everest membawa alat penjejak GPS dan membuang najis mereka dalam beg kompos sama seperti yang digunakan untuk najis anjing.

    Tahun lalu, seramai 18 pendaki terbunuh, termasuk sekurang-kurangnya lima mayat yang belum ditemui di gunung tertinggi di dunia, di mana pihak berkuasa berusaha untuk meningkatkan keselamatan serta kebersihan di puncak gunung berkenaan.

    Penjejak GPS telah digunakan oleh ramai pendaki profesional bagi membantu pihak berkaitan memantau lokasi mereka di puncak bagi tujuan keselamatan semasa pendakian.

    Untuk musim pendakian musim bunga, yang bermula bulan ini dan berlangsung hingga Mei, Nepal dijangka memerlukan penjejak pasif yang kurang berkuasa tetapi lebih kecil, yang boleh dijahit dengan mudah ke dalam jaket dan tidak memerlukan kuasa untuk berfungsi.

    Mereka boleh dikesan oleh pengesan pegang tangan sekitar 20 meter melalui salji yang tebal, dan beberapa kali di udara.

    Penjejak GPS telah digunakan oleh ramai pendaki profesional bagi membantu pihak berkaitan memantau lokasi mereka di puncak bagi tujuan keselamatan semasa pendakian. – Agensi

    “Penjejak adalah wajib bagi pendaki tahun ini, supaya jika berlaku kemalangan lokasi mereka dapat dikenal pasti dengan tepat,” beritahu Rakesh Gurung, pengarah pendakian gunung di Jabatan Pelancongan Nepal, kepada AFP kelmarin.

    Dengan kira-kira 600 pendaki dan pemandu berjaya sampai ke puncak pada 2023, pihak berkuasa perbandaran tempatan Everest juga telah memperkenalkan pelbagai peraturan baharu, termasuk mewajibkan penggunaan beg najis di kem pangkalan di gunung berkenaan.

    “Para pendaki mesti menggunakan beg terbiodegradasi di kem pangkalan untuk membuang najis supaya ia boleh dilupuskan dengan sebaiknya sekembali dari pendakian,” katanya.

    Beg najis boleh mengandungi bahan kimia yang membantu mengeringkan dan memejalkan sisa, menghilangkan bau busuk dan telah digunakan dalam keadaan melampau lain, termasuk di Antartika dan di Denali di negeri Alaska di Amerika Syarikat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda