Wednesday, June 26, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    Pendaki Jepun hilang ditemui mati

    SKARDU, 16 JUN – Seorang daripada dua pendaki Jepun ditemukan mati dan mayatnya dibawa dari sebuah gunung di utara Pakistan kelmarin, dengan usaha mencari diteruskan untuk lelaki kedua, kata seorang pegawai kerajaan.

    Ryuseki Hiraoka dan Atsushi Taguchi cuba mendaki gunung Spantik setinggi 7,027 meter di banjaran Karakoram sebelum mereka hilang minggu ini.

    “Mayat seorang pendaki Jepun ditemui, dan pencarian sedang dijalankan untuk pendaki kedua,” kata Wali Ullah Falahi, timba-lan pesuruhjaya daerah Shigar, kepada AFP.

    Beliau seterusnya berkata mayat itu telah dikenal pasti sebagai Ryuseki Hiraoka.

    Menurutnya, mayat itu ditemui 300 meter di bawah Kem 3, yang terletak pada ketinggian kira-kira 6,200 meter dan tempat pendaki membuat persiapan untuk ke puncak terakhir.

    Pencarian oleh pendaki altitud tinggi dan pakar telah dibantu oleh dua helikopter tentera Pakistan.

    Pasangan itu telah sampai ke kem pangkalan pada 3 Jun dan cuba mendaki tanpa bantuan.

    Kali terakhir mereka dilihat pada 10 Jun dan amaran telah dikeluarkan pada hari berikutnya oleh pendaki lain yang menjangkakan akan bertemu dengan mereka.

    Sebuah helikopter tentera mengesan pendaki pada Khamis, tetapi pencarian dihentikan kerana keadaan cuaca buruk. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...