Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pendatang tiada hak dalam proses undang-undang

    WASHINGTON, 25 Jun – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam berkata penghijrah yang ‘datang beramai-ramai’ ke AS seharusnya tidak diberikan proses undang-undang sewajarnya, mengukuhkan pendirian kerasnya disebalik perubahan haluan berhubung pemisahan keluarga yang telah menyaksikan lebih 500 orang kanak-kanak telah bersatu semula dengan anggota keluarga mereka.

    Dalam berusaha menghentikan aliran masuk berpuluh-puluh ribu penghijrah dari Amerika Tengah dan Mexico yang tiba di sempadan selatan setiap bulan, Trump pada awal Mei lalu telah mengarahkan kesemua orang dewasa yang secara haram menyeberang masuk akan diberkas dan anak-anak mereka ditahan secara berasingan.

    Selepas imej-imej kanak-kanak dalam kurungan besi telah mencetuskan kemarahan dalam negara dan sejagat, presiden telah menamatkan amalan pemisahan itu tetapi meneruskan ucapan beliau yang berpendirian keras berhubung penghijrahan.

    Beliau melihat isu itu sebagai penting sebelum pilihan raya kongres separuh penggal pada bulan November.

    Sebahagian keluarga pendatang sebelum memasuki stesen bas selepas menjalani pemeriksaan dan dibenarkan oleh Unit Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat, kelmarin. – AP

    “Kami tidak boleh membenarkan kesemua orang ini datang beramai-ramai ke negara kami,” Trump berkata semalam melalui Twitter.

    “Apabila seseorang datang, dengan segera kami mesti menghantar mereka balik ke tempat asal mereka tanpa hakim atau kes-kes mahkamah,” kata Trump, dengan mengatakan mereka akan dikendalikan tanpa proses undang-undang yang wajar yang dijamin bagi mana-mana orang’ oleh perlembagaan AS.

    Hampir kesemua keluarga-keluarga yang tiba secara rasmi di sana telah mengemukakan permohonan suaka.

    “Sistem kami memperolokkan dasar imigresen yang baik dan Peraturan dan Undang-Undang,” kata Trump, yang berulang alik cuba mengaitkan penghijrah-penghijrah dengan jenayah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda