Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penduduk Perancis keluar mengundi

    PARIS, 7 JULAI – Pengundi Perancis keluar mengundi hari ini untuk pusingan kedua pilihan raya bersejarah yang dijangka menjadikan sayap kanan sebagai kuasa terbesar dalam parlimen yang berpecah-belah.

    Menjelang tengah hari, menurut angka kementerian dalam negeri, kira-kira 26.63 peratus pengundi telah keluar untuk undian berisiko tinggi itu jumlah tertinggi pada
    masa itu sejak 1981.

    Suasana di Perancis tegang, dengan 30,000 orang anggota polis dikerahkan untuk mengelakkan masalah dan pengundi bimbang tentang potensi kejutan undian
    yang mengubah landskap politik Perancis.

    Di perkampungan Rosheim, di luar bandar timur Strasbourg, Antoine Schrameck, 72, berkata dia bimbang Perancis akan melihat “titik perubahan dalam sejarah republik” itu.

    Dan di Tourcoing, berhampiran bandar timur laut Lille, pesara berusia 66 tahun Laurence Abbad berkata dia bimbang dengan keganasan selepas keputusan diumumkan. “Terdapat begitu banyak ketegangan, orang ramai menjadi gila,”katanya.

    Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan isterinya Brigitte Macron, keluar dari bilik mengundi untuk mengundi dalam pusingan kedua pilihan raya perundangan Perancis di stesen pengundian di Le Touquet, utara Perancis, kelmarin. – AFP

    Presiden Emmanuel Macron mengadakan pilihan raya mengejut itu tiga tahun lebih awal selepas pasukannya ditewaskan dalam undi parlimen Eropah pada Jun lalu, satu pertaruhan yang nampaknya telah memakan diri.

    Parti pemimpin berhaluan kanan Marine Le Pen, National Rally (RN) menduduki tempat teratas pada pusingan pertama 30 Jun lalu, dan berada di landasan untuk mengulangi kejayaan itu dalam undian akhir hari ini.

    Tetapi dia mungkin tidak memenangi majoriti langsung yang akan memaksa Macron melantik leftenan Le Pen, pemimpin parti RN, Jordan Bardella, 28, sebagai perdana menteri hanya beberapa minggu sebelum Paris menjadi tuan rumah Sukan Olimpik.

    Sebuah parlimen yang tergantung dengan kontinjen eurosceptic dan anti-imigresen yang besar boleh melemahkan kedudukan antarabangsa Perancis dan mengancam perpaduan Barat dalam menghadapi pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    Pegawai-pegawai Kesatuan Eropah (EU), yang sudah belajar untuk berurusan dengan parti sayap kanan yang berkuasa di Itali dan Belanda, memerhati Perancis dengan teliti.

    Dan di Rom, Pope Francis memilih hari pengundian Perancis untuk memberi amaran terhadap “godaan ideologi dan populis”, sambil menambah: “Demokrasi tidak berada dalam keadaan yang sihat di dunia hari ini.”

    Dengan negara itu dalam keadaan keresahan, minggu lepas menyaksikan lebih daripada 200 pakatan undian taktikal antara calon tengah dan sayap kiri di kerusi untuk cuba menghalang RN memenangi majoriti mutlak.

    Ini telah dipuji sebagai kepulangan ‘Barisan Republikan’ anti sayap kanan yang pertama kali muncul apabila bapa Le Pen, Jean-Marie berdepan Jacques Chirac dalam pilihan raya presiden 2002. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda