Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengadil Malaysia curi tumpuan dalam El Clasico Indonesia

    JAKARTA, 24 SEPT – Pengadil Malaysia Muhammad Nazmi Nasaruddin mendapat pujian meluas daripada peminat bola sepak Indonesia berikutan prestasi cemerlangnya dalam pertembungan El Clasico antara Persib Bandung dan Persija Jakarta di Bandung, Jawa Barat, kelmarin.

    Ketenangan, kebijaksanaan dan pengalaman luasnya dalam mengadili perlawanan memainkan peranan penting dalam menguruskan perlawanan dengan berkesan, mengekalkan disiplin pemain dan memuaskan hati kedua-dua kakitangan kejurulatihan.

    Menurut tvonenews.com, pengadil berusia 34 tahun yang memegang lesen pengadil FIFA sejak 2016 berjaya memikat hati penonton di stadium dan di televisyen, serta warganet (warga maya) ketika mengendalikan perlawanan berkenaan.

    Laporan itu malah mencadangkan bahawa dia layak mendapat gelaran Man of the Match atas kecemerlangnya mengawal perlawanan dalam kemenangan 2-0 Persib Bandung, termasuk melayangkan dua kad merah tanpa sebarang kritikan terhadap keputusannya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda