Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengambilalihan Microsoft diluluskan

    LONDON, 13 OKT – Microsoft dan Activision Blizzard, pembuat permainan video Call of Duty, mengumumkan hari ini bahawa mereka bersedia untuk memeterai salah satu gabungan teknologi terbesar selepas mengatasi halangan terakhir.

    Pengawal selia British telah meluluskan pengambilalihan Microsoft bernilai AS$69 bilion, setelah menyekat perjanjian itu pada April atas kebimbangan persaingan.

    Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran berkata dalam satu kenyataan hari ini ia telah meluluskan ‘perjanjian baharu untuk Microsoft membeli Activision tanpa hak permainan awan’ selepas membuat kesimpulan bahawa ‘ia akan mengekalkan harga yang kompetitif dan perkhidmatan yang lebih baik’.

    Ketua Eksekutif Activision Blizzard, Bobby Kotick berkata kedua-dua syarikat itu mempunyai ‘semua kelulusan kawal selia yang diperlukan untuk memeterai perjanjian dan kami berharap dapat membawa hubungan kepada lebih ramai pemain di seluruh dunia’.

    Naib Pengerusi dan Presiden Microsoft, Brad Smith mengucapkan terima kasih kepada CMA atas ‘semakan menyeluruh’ dan kelulusannya. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Logo Microsoft dan adegan daripada Activision, Call of Duty – Modern Warfare di New York. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda