Wednesday, March 12, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengantin baharu ‘berbulan madu’ dalam lokap

    IPOH, 25 APRIL – Sepasang pengantin baharu terpaksa ‘berbulan madu’ di dalam lokap setelah dicekup di Chikus dekat Langkap hari ini kerana disyaki mengedar dadah.

    Pasangan berusia 23 dan 24 tahun itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak ketika sedang menunggu pelanggan di kawasan letak kenderaan sebuah masjid pada 12.30 tengah hari.

    Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri berkata pasangan itu yang mendirikan rumah tangga semalam ditahan bersama 20 bungkusan plastik disyaki berisi heroin dianggar bernilai RM77,000.

    “Hasil pemeriksaan, polis merampas sebuah beg pakaian dan menemukan dadah disyaki heroin itu yang dianggar seberat 9.268 kilogram.

    “Dadah ini dipercayai untuk diedar ke luar Hilir Perak dan boleh menampung keperluan hampir 10,000 penagih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Ahmad Adnan berkata, saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif terhadap dadah jenis Methamphetamine. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda