TAIPEI, 21 JUN – Lelaki terkaya Taiwan Terry Gou berkata hari ini beliau akan melucutkan kawalan ke atas syarikat teknologi Foxconn kepada satu jawatankuasa, meninggalkan pembekal Apple tanpa haluan sementara beliau bertanding untuk jawatan presiden.
Jutawan Gou telah menerajui firma pemasang elektronik terbesar di dunia selama lebih empat dekad tetapi telah menyimpan niat untuk menjadi bakal presiden Taiwan.
Aspirasi politik itu datang pada masa sensitif untuk syarikat yang mudah terjejas kepada perang perniagaan AS-China.
Gou, dengan syarikatnya ialah majikan swasta terbesar China, berusaha bertanding untuk Kuomintang (KMT), walaupun beliau masih perlu memenangi pencalonannya.
Tatkala persaingan meningkat, Gou mengumumkan rancangan untuk menyerah kawalan di Foxconn kepada jawatankuasa yang dianggotai oleh sembilan ahli.
“Selama 40 tahun dalam hidup saya, saya bagaikan orang kuat dan saya berjuang untuk Hon Hai,” kata Gou pada mesyuarat pemegang saham hari ini, menggunakan nama rasmi Foxconn.
“Sekarang saya akan lepaskan Hon Hai,” kata beliau, menambah beliau kini akan ‘berjuang untuk masa depan Taiwan.’
Foxconn ialah pengeluar elektronik kontrak terbesar di dunia dan memasang gajet untuk jenama utama termasuk Apple dan Huawei.
Sebahagian besar pelaburan Gou adalah di China, menggaji lebih daripada satu juta pekerja di negara di mana pekerja murah membantu menjana kebangkitan syarikatnya. – AFP
