Wednesday, April 23, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengebumian Paus Francis ditetapkan pada Sabtu di Rom

    ROM, 22 APRIL – Upacara pengebumian Paus Francis akan diadakan pada Sabtu di Basilika Santa Maria Maggiore di Rom, menurut pengumuman Vatikan hari ini selepas mesyuarat kardinal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Sebelum meninggal dunia, Paus Francis menyatakan hasratnya untuk dikebumikan di gereja itu, yang merupakan antara tempat kegemarannya dan bukan di Basilika
    St Peter yang lebih megah seperti kebiasaan bagi para paus yang telah meninggal dunia.

    Pemimpin dunia dijangka menghadiri upacara pengebumian itu.

    Ketika ini, jasad Francis ditempatkan di dalam keranda terbuka di sebuah kapel di rumah tetamu Santa Marta, bekas kediamannya, bagi membolehkan para kardinal, pegawai dan kakitangan Vatikan memberikan penghormatan terakhir.

    Francis, yang berusia 88 tahun, meninggal dunia akibat strok dan kegagalan jantung pada pagi kelmarin. – Bernama

    Gambar ini menunjukkan lukisan mendiang Paus Fransiskus di Malaga pada 22 April. -AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda