LONDON, 24 Feb – Claudio Ranieri telah dipecat sebagai pengurus Leicester City hanya beberapa bulan selepas membawa kelab tersebut kepada kejayaan menakjubkan dengan merangkul Liga Perdana, umum pasukan Midlands tersebut semalam. Kedudukan warga Itali itu menjadi tumpuan musim ini selepas kemerosotan ketara yang dialami oleh Foxes, yang kini hanya satu mata di atas zon penyingkiran.