Saturday, January 18, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penjarakkan sosial mengubah cara hidup warga emas

    Seorang mengingati epidemik polio dan kesusahan hidup zaman Perang Dunia ke-2. Seorang lagi bertabah menghadapi semua itu – kerana katanya dia sudah pun ‘berada di sini lebih daripada yang dialu-alukan.

    Manakala yang ketiga, cukup tua untuk mengingati pasca epidemik flu tahun 1918, kembali kepada agamanya pada masa-masa sukar ini.

    Bagi warga emas Amerika, sesetengah daripada mereka adalah yang pa-ling terjejas teruk oleh pandemik koronavirus (COVID-19), hari-hari yang sukar dan penjarakkan sosial yang mereka lakukan sekarang sudah dialami.

    “Perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang baharu bagi kami warga tua,” kata Mimi Allison, bekas pengarah Muzium Tarian Kebangsaan, yang baharu sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-90 tahun pada Jumaat lalu.

    Dia tinggal bersama salah seorang anak perempuannya dan cucu di Asheville, North Carolina, dan mengatakan kesulitan yang dihadapinya sepanjang melakukan penjarakkan sosial tidak dapat meraikan ulang tahunnya bersama ahli keluarga yag lain, termasuk dua orang cucunya.

    Easter Brown, 77, dari Washington, menyapa Michael Weber, dari organisasi bantuan ‘We Are Family DC,’ menyampaikan bantuan makanan di apartmennya, di Washington. Orang tua digalakkan tinggal di rumah mereka kerana risiko COVID-19. – AP
    Denise Edmondson, 66, menyapa Noel Schroeder yang menghantar barangan runcit dari program ‘We Are Family DC,’ di Washington. – AP
    Barangan makan yang dihantarkan oleh ‘We Are Family DC,’ diletakkan didepan pintu rumah. – AP
    Mark Andersen, 60, pengarah bersama organisasi ‘We Are Family DC,’ mengatur penghantaran barangan runcit dan makanan yang akan dibawa kepada warga emas di Washington. – AP

    “Saya rasa kami tidak begitu tertekan seperti mana golongan muda yang merasa tertekan,” kata Allison. “Kita tahu bahawa kita semua akan berjaya mengatasi semua ini.

    “Begitulah, sesetengah daripada kita tidak akan selamat, tetapi kebanyakan kita akan terselamat, dan kita semua akan menjadi lebih baik lagi.”

    Allison berkata dia mengingati kembali semasa Perang Dunia II dan wabak polio yang telah meragut nyawa abangnya pada tahun 1940an, ketika itu kesemua kolam renang dan pawagam ditutup dan keluarga menjaga kanak-kanak sebaik-baiknya untuk mengelakkan virus itu.

    Setakat ini, dia berkata, semuanya tiada bezanya berbanding ketika dia membesar di Buffalo, New York, ketika badai salji sering berlaku dan membawa maut.

    Kathryn Betts Adams, seorang perunding gerontologi dan bekas profesor sosial di Universiti Case Western Reserve di Ohio, merasa bimbang terhadap orang lain dalam situasi yang dihadapi ketika ini di mana bapanya yang berusia 91 tahun keliru, yang telah hidup bebas di Connecticut telah mengharamkan semua pelawat kerana pandemik itu.

    Bersosial di ruang makan, dia makan di apartmennya menggunakan pinggan kertas yang telah disusun sehingga Adams terpaksa menjelaskan melalui telefon bagaimana untuk membuang dan menggantikan beg sampah.

    Kuncinya sekarang adalah untuk mengekalkan hubungan rapat, kata Pd. Michael Pfleger, 70 tahun, seorang paderi Chicago.

    Di kawasan kejiranannya di South Side yang sekarang bergelut termasuk ramai orang dewasa yang lebih tua dan warga tua telah terdedah kepada komplikasi COVID-19 yang serius dan diasingkan di rumah mereka.

    Ramai yang sudah tidak ambil peduli lagi tentang mereka.

    “Saya rasa kita perlu berhati-hati agar orang tidak mengalami trauma,” kata Pfleger.

    Dia sekarang menggunakan rakaman video di gerejanya. Daripada berjabat tangan dan berpelukan, dia lebih suka dengan panggilan telefon, terutama untuk orang tua tanpa akses internet atau telefon pintar.

    “Sekarang yang sangat penting adalah untuk terus berhubung, kerana beberapa masalah kemurungan telah berlaku dan menutup dunia mereka, dan kemudian kemurungan menghancurkan kehidupan mereka,” kata Pfleger.

    Pakar-pakar kesihatan mental bersetuju. Hampir satu daripada tiga orang dewasa yang lebih tua tinggal bersendirian dan ramai yang mempunyai masalah kesihatan kronik.

    Faktor-faktor tersebut membuat mereka terdedah kepada kesepian dan kemurungan. Kadar bunuh diri dalam kalangan mereka berumur 75 tahun ke atas adalah antara yang tertinggi di negara ini.

    “Pengasingan sosial boleh menjadi risiko kepada kemurungan, menimbulkan penyakit fizikal, bahkan kematian,” kata Katherine Ramos, pakar dalam penuaan dan kesihatan mental dari Universiti Duke.

    Sekarang, dia mencadangkan, adalah masa yang terbaik untuk orang dewasa yang lebih tua mempunyai akses internet, mengambil kursus dalam talian percuma dan membuat lawatan dari secara dalam talian.

    Bagi mereka yang biasa lebih aktif, dihadkan mereka untuk kekal dirumah dan bergantung pada orang lain untuk membeli barangan runcit dan keperluan asas boleh menjejaskan mereka, katanya.

    Ahli keluarga dapat membantu dengan melibatkan saudara mereka tentang risiko kesihatan dan keperluan untuk melakukan penjarakkan sosial.

    Helen Anstead, 106, tidak terkejut dengan pandemik COVID-19 kerana katanya, dia telah melihat semuanya sebelum ini. Anstead berusia 5 tahun ketika pandemik influenza berlaku pada 1918.

    “Saya baru merasakan takut kerana penyakit ini berisiko kepada orang tua ketika mereka bercakap mengenainya,” katanya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda