Wednesday, June 26, 2024
33.9 C
Brunei

    -

    Penunjuk perasaan di seluruh Perancis bantah parti kanan

    PARIS, 16 JUN – Sejumlah 250,000 orang turun ke jalan-jalan di seluruh Perancis kelmarin untuk membantah kebangkitan parti berhaluan kanan, menurut pihak polis.

    Konfederasi Umum Buruh (CGT) menganggarkan kira-kira 640,000 penunjuk perasaan menyertai 150 perhimpunan di seluruh negara, lapor Xinhua.

    Sementara itu, sembilan orang ditahan di luar perarakan di Paris, manakala tiga pegawai polis cedera ringan.

    Ketua La France Insoumise (LFI), Mathilde Panot menyeru pengundi melaksanakan tanggungjawab dalam pilihan raya legislatif.

    “Pilihan raya akan berlangsung pada 30 Jun dan 7 Julai,” katanya.

    Bekas Presiden Perancis, Francois Hollande berkata bahawa beliau akan bertanding dalam pilihan raya legislatif sebagai calon di Correze. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...