Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutamanya bagi para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Jerudong.
Penutupan sementara di persimpangan lampu isyarat Jalan Jerudong / Lebuhraya Tungku-Jerudong, hala Pantai Jerudong akan bermula pada jam 7 pagi, dari 18 hingga 28 Mac depan.
Penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi mem-bolehkan kerja-kerja pembaikan jalan berkenaan dapat dilaksanakan.
Sehubungan dengan itu, pihak jabatan ingin mengingatkan para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123 atau Livechat Talian Darussalam 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.