Oleh Fadley Faisal
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, telah memutuskan bahawa bukti pendakwaan dalam kes penyeludupan dadah yang membawa hukuman mati, mempunyai asas yang mencukupi semasa siasatan awal.
“Mas Fadillah bin Ibrahim, 34, kini akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi,” Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman berkata dalam memberikan keputusannya.
Timbalan Pendakwa Raya Hajah Suriana binti Haji Radin menjalankan pendakwaan ke atas Mas Fadillah atas dakwaan memiliki 908.89g methylamphetamine dalam 1185.68g bahan kristal di sebuah flat di Flat Bandaran, Kampung Sinarubai pada 11:32 malam, 30 Jun 2020.
Pengakuan Mas Fadillah akan diambil di Mahkamah Tinggi.
Peguam Pengiran Khairul Nizam Pengiran Haji Mohd Yassin mewakili defendan dan kes akan didengarkan pada 14 Julai.