HONG KONG, 18 Jun – Kebimbangan perang perdagangan baharu antara dua negara ekonomi terkenal dunia menyebabkan pasaran Asia merosot hari ini selepas Amerika Syarikat dan China mengenakan tarif balas balik ke atas import bernilai berbilion dolar.
Firma tenaga adalah antara firma yang kerugian paling besar tatkala harga minyak merosot sebelum mesyuarat OPEC, di mana Arab Saudi dan Rusia dijangka menambah had pengeluaran berusia dua tahun.
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan China dengan levi 25 peratus menerima tindakan balas serta-merta, menyebabkan kedua-duanya hampir-hampir terbabit dalam perang perdagangan yang berpotensi menjejas ekonomi global.
Pengumuman keluar meskipun rundingan berminggu-minggu lamanya di antara kedua-dua pihak.
Perkembangan itu menyebabkan saham berada dalam keadaan debit di seluruh Eropah dan di Wall Street, dan pelabur Asia menyusuli pada hari ini. – AFP