Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perbicaraan penerbit akhbar HK ditangguhkan

    HONG KONG, 1 DIS – Perbicaraan penerbit akhbar Hong Kong yang ditahan semasa tindakan keras ke atas gerakan pro-demokrasi, ditangguhkan hari ini selepas pemimpin wilayah itu meminta China menghalangnya daripada melantik seorang peguam British.

    Jimmy Lai, 74, berdepan kemungkinan penjara seumur hidup jika disabit kesalahan di bawah akta keselamatan dalam negeri dilaksanakan oleh Parti Komunis memerintah bekas jajahan British itu. Wilayah itu membantah pelantikan peguam British, Timothy Owen, seorang peguam veteran hak asasi manusia.

    Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee minta Parti Komunis China yang mengawal undang-undang memutuskan agar peguam asing yang tidak mengamalkan undang-undang di Hong Kong, ditolak bagi kes-kes keselamatan dalam negeri. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda