Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perintah berkurung dikuatkuasakan di pedalaman Australia

    CANBERRA, 8 JULAI – Pihak berkuasa di sebuah bandar pedalaman Australia telah menguatkuasakan perintah berkurung susulan beberapa siri insiden keganasan, lapor Xinhua.

    Pesuruhjaya Polis Wilayah Utara (NT), Michael Murphy hari ini mengumumkan perintah berkurung berkuat kuasa serta-merta di bandar Alice Springs, lebih 1,000 kilometer ke selatan Darwin, selama tiga malam.

    Di bawah perintah berkurung, semua individu tidak dibenarkan memasuki daerah pusat perniagaan (CBD) Alice Springs antara 10 malam hingga 6 pagi waktu tempatan kecuali mereka mempunyai alasan yang sah untuk berbuat demikian.

    Perintah itu dilaksanakan selepas empat pegawai polis yang tidak bertugas mendakwa diserang oleh sekumpulan individu di Alice Springs pada awal pagi kelmarin. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda