Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkhidmatan IaaS kini diperkenalkan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 DIS – Dalam usaha bagi pembangunan transformasi digital di Negara Brunei Darussalam ke arah mencapai matlamat negara pintar, Unified National Networks (UNN), hari ini, telah melancarkan perkhidmatan cloud hosting, yang dikenali sebagai Infrastructure-as-a-Service (IaaS) yang sekali gus melakar satu lagi kejayaan terkini syarikat itu di penghujung tahun ini. IaaS semakin menjadi pilihan di peringkat global bagi pemilik perniagaan untuk mengendalikan keperluan IT kerana perkhidmatannya yang terjamin, berskala dan berdaya tahan.

    Perkhidmatan ini sangat sesuai untuk semua jenis perniagaan, daripada perniagaan secara kecil-kecilan sehingga kepada perusahaan besar yang ingin menjalankan aplikasi perniagaan mereka melalui laman sesawang kepada aplikasi mudah alih.

    Dengan IaaS, perniagaan hanya membayar apa yang diperlukan tanpa perlu risau untuk membuat dan menyelenggara pusat data atau infrastruktur IT. Perniagaan boleh dijalankan bermula secara kecil-kecilan dan tanpa memerlukan pengeluaran perbelanjaan modal yang besar.

    Perkhidmatan ini dikendalikan sepenuhnya secara tempatan di mana kemudahannya ditempatkan di Pusat Data UNN di negara ini untuk memenuhi keperluan penyimpanan data.

    Ini memberikan pelanggan kepada peniagaan ketersambungan rangkaian yang lebih baik dengan low latency, sekali gus meningkatkan pengalaman aplikasi mereka.

    Untuk mereka yang mencari perkhidmatan cloud hosting yang mematuhi keperluan penyimpanan data tempatan, perkhidmatan cloud hosting UNN IaaS adalah pilihan terbaik.

    Bagi yang berminat boleh menghubungi UNN Sales Team atau laman sesawang mereka.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda