Saturday, September 21, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perkongsian komprehensif India-AS antara agenda Modi semasa lawatan

    NEW DELHI, 20 SEPT – Perdana Menteri India, Narendra Modi semasa lawatannya ke Amerika Syarikat (AS) akan berbincang dengan Presiden AS, Joe Biden mengenai Perkongsian Komprehensif Strategik Global antara kedua-dua negara, kata Setiausaha Luar India, Vikram Misri kelmarin, lapor Sputnik.

    “Akan ada peluang untuk mengadakan perbincangan penting antara Perdana Menteri dan Presiden Biden, di mana mereka akan berpeluang mengkaji semula Perkongsian Komprehensif Strategik Global antara India dan Amerika Syarikat, yang kini meliputi hampir setiap aspek usaha manusia,” kata Misri pada satu taklimat.

    Modi juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin Jepun dan Australia, kata setiausaha luar itu.

    Semasa sidang kemuncak pemimpin-pemimpin Quad (Dialog Keselamatan Segi Empat), Perdana Menteri India akan berpeluang mengucapkan terima kasih kepada Biden dan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, yang kedua-duanya akan meninggalkan jawatan mereka tidak lama lagi, atas kepimpinan mereka dalam memberikan momentum dan kepentingan kepada perkongsian Quad, kata Misri.

    Pada masa yang sama, diplomat itu tidak dapat menjawab sama ada Modi akan bertemu dengan bekas Presiden AS, Donald Trump, walaupun sehari sebelumnya, Trump menyatakan bahawa dia akan bertemu dengan Perdana Menteri India.

    Modi akan melawat AS dari 21 hingga 23 September. Semasa lawatannya, Perdana Menteri India juga akan mengambil bahagian dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan berucap kepada diaspora India. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda