Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perlu mara walau dua pemain ‘terkorban’

    NIZHNIY NOVGOROD, 28 Jun – Jurulatih Switzerland menegaskan bahawa dia membuat keputusan yang tepat untuk menurunkan barisan terkuatnya menentang Costa Rica, meskipun dua pertahanan utamanya akan terlepas pertembungan 16 pasukan terakhir menentang Sweden kerana penggantungan.

    Kapten Stephan Lichtsteiner dan Faboan Schaer, 150 penampilan antara kedua-duanya, tidak dapat beraksi pada perlawanan 3 Julai selepas kedua-duanya menerima kad kuning pada kejohanan itu.

    Tetapi jurulatih Vladimir Petkovic berkata matlamat utamanya adalah layak ke pusingan kalah mati dan memikirkan kesannya kemudian.

    “Ia adalah matlamat utama (layak ke pusingan kalah mati) kami perlu memastikan matlamat dicapai,” kata Petkovic kepada wartawan selepas perlawanan menarik yang berkesudahan seri 2-2, satu mata penting yang menjamin kemaraan mereka.

    Perlawanan itu menyaksikan penghujung menarik apabila Switzerland mendahului sebanyak dua kali, 2-1 pada minit ke-88, namun jaringan sendiri penjaga gol pada minit ke-93 selepas penalti Bryan Ruiz menjadikan kedudukan 2-2.

    Stephan Lichtsteiner (kiri) menyaksikan hantarannya cuba dihadang oleh pemain Costa Rica dalam aksi Kumpulan E. – AP

    Switerland layak ke pusingan kalah mati dengan lima mata daripada tiga perlawanan dan berada di belakang pemenang kumpulan, Brazil.

    “Sebelum perlawanan, saya berkata bahawa ini adalah masanya saya mahu menurunkan barisan terbaik saya,” tambahnya.

    “Kami mempunyai 23 pemain dalam skuad. Malang bagi dua pemain itu tetapi ia sudah terlambat untuk memperbetulkannya.”

    Switzerland mempunyai empat pemain utama yang sudah dilayangkan kad kuning sebelum perlawanan awal pagi tadi.

    Selain Lichtsteiner dan Schaer, dua pemain lain adalah Valon Behrami dan pemain perancang Xherdan Shaqiri, yang juga berisiko untuk digantung perlawanan seterusnya.

    Petkovic menggantikan Behrami dan Shaqiri di separuh masa kedua bagi mengelakkan kehilangan lebih besar ketika menentang Sweden, yang akan berlangsung di St Petersburg. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda