Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Permohonan sertai Klinik Nasihat Undang-undang dibuka

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Persatuan Undang-undang Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Klinik Nasihat Undang-undang percuma berkaitan hal-hal sivil dan jenayah pada 26 Mac ini dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari melalui aplikasi Zoom.

    Pemohon yang berminat boleh menghantar e-mel kepada lawsocietybrunei@gmail.com atau memohon melalui laman sesawang www.bruneilawsociety.com

    Klinik berkenaan bertujuan untuk mempromosikan nasihat undang-undang percuma kepada orang ramai, memandangkan kapasiti pendapatan mereka yang terhad, sebaliknya tidak dapat dan/atau terkekang untuk mendapatkan bantuan tersebut.

    Nasihat akan diberikan atas dasar yang dahulu didahulukan dan orang awam tidak boleh diwakili oleh mana-mana firma guaman, menyediakan salinan kad pengenalan keluaran Brunei terkini dan bukti alamat kediaman semasa serta mempunyai pendapatan atau elaun kurang daripada $1,500 sebulan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda