Saturday, September 28, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persatuan BP anjur kempen kebersihan pantai Belait

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 27 SEPT – Sempena memperingati Kempen Pembersihan Pantai Antarabangsa 2024, ahli Persatuan Baden Powell (BP) telah mengadakan kempen pembersihan pantai baru-baru ini di pantai berhampiran Taman Rekreasi Jubli Perak, Kuala Belait.

    Acara itu turut menyaksikan pelajar dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam di Daerah Belait, Politeknik Brunei (PB) bersama rakan dan keluarga menyertai kempen dengan mengutip sampah di sepanjang pantai.

    Ketua Penyelaras Persatuan BP, Awang Beelie bin Tengah menyatakan bahawa kempen itu bertujuan untuk memupuk minda dan budaya kebersihan alam sekitar dalam kalangan ahli.

    Antara peserta yang mengambil bahagian dalam kempen tersebut. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN BP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda