Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persatuan Industri Plastik bantah larangan

    SANTIAGO, 28 Jun – Persatuan Industri Plastik di Chile pada Selasa memfailkan aduan di Mahkamah Perlembagaan, susulan langkah kerajaan memansuhkan undang-undang melarang penggunaan beg plastik.

    “Membantah kesan sampingan plastik adalah satu langkah yang baik namun larangan mutlak secara sewenang-wenangnya tanpa sebarang pengecualian adalah tidak masuk akal,” menurut persatuan berkenaan.

    Persatuan berpendapat, larangan penggunaan beg plastik memberikan kesan ekonomi yang serius dan dianggarkan lebih 2,500 keluarga akan terjejas disebabkan hilang pekerjaan.

    Parlimen Chile meluluskan undang-undang itu bulan lepas dan menerima sokongan hampir sebulat suara.

    Undian untuk menggubal undang-undang tersebut ekoran kebimbangan terhadap perlindungan alam sekitar.

    Di bawah peraturan baharu itu, larangan berkuat kuasa dalam tempoh setahun selepas enakmennya, meskipun perniagaan mikro, kecil dan sederhana diberikan tempoh dua tahun untuk menghentikan pengeluaran beg plastik.

    Buat sementara, perniagaan di benar menawarkan maksimum dua beg plastik kepada setiap pelanggan untuk setiap pembelian yang dibuat.

    Berdasarkan kajian rasmi, Chile mengeluarkan 3.4 bilion beg plastik setahun. Setiap beg digunakan untuk purata 30 minit, tetapi mengambil kira-kira 400 tahun untuk dilupuskan.

    Pihak berkuasa berpendapat setiap tahun, lapan juta tan plastik dibuang ke laut dan sekitar 30 peratus tidak diguna atau dikitar semula. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda