Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persidangan Panglong Myanmar Julai ini

    YANGON, 20 Jun – Myanmar telah menetapkan semula minggu kedua bulan Julai untuk mengadakan mesyuarat ketiga Persidangan Keamanan Panglong abad ke-21 dan persiapan sedang berlangsung untuk sesi itu, demikian laporan rasmi Global New Light of Myanmar.

    Setiausaha Jawatankuasa Bersama Dialog U Khin Zaw Oo memberitahu satu mesyuarat persediaan yang diadakan di Nay Pyi Taw kelmarin bahawa terdapat 19 isu yang akan dibincangkan dalam sesi yang akan datang, meliputi sektor politik, ekonomi, sosial dan tanah.

    Pada 13 Februari lalu, Parti Negeri Mon baharu dan Kesatuan Demokratik Lahu menandatangani perjanjian gencatan senjata (NASDAQ) dengan kerajaan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda