Thursday, January 16, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesakit positif dipindah ke rumah orang tua umpama bom biologi

    ROM, 1 APRIL – Doktor dan kesatuan sekerja di Itali memberi amaran bahawa tindakan kerajaan menghantar pesakit yang dibenarkan keluar dari hospital tetapi masih positif COVID-19 untuk ditempatkan di rumah jagaan, umpama bom biologi yang sedang menunggu untuk meletup.

    Dengan lebih 28,000 orang di hospital, termasuk lebih 4,000 sedang dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), kemudahan seperti katil perlu dikosongkan seberapa segera yang mungkin. Selain itu, pesakit yang tidak dapat dipulihkan dalam tempoh pengasingan di rumah akan dipindahkan ke rumah jagaan orang tua atau hotel seperti ditetapkan pihak berkuasa.

    Wabak yang sudah membunuh ribuan orang itu kini sedang menyusup masuk ke kemudahan tempat tinggal merentasi negara, sehingga digelar pembunuhan senyap beramai-ramai. Di bandar Bergamo sahaja, lebih 600 orang sedang bergelut antara hidup dan mati akibat dijangkiti wabak berkenaan.

    Pakar mendedahkan, masih ramai mangsa yang disyaki positif COVID-19 belum diuji. Situasi itu mencetuskan kebimbangan serius sehingga ada pihak menyuarakan perkara itu kerana keselamatan 300,000 orang di 7,000 rumah jagaan orang tua di Itali terancam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda