Wednesday, February 5, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat ringan terhempas, dua terbunuh

    JOHANNESBURG, 16 JAN – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Afrika Selatan (SACAA) mengesahkan dua orang maut baru-baru ini selepas sebuah pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di Johannesburg,

    Pesawat itu yang digunakan untuk penerbangan latihan berlepas dari Lapangan Terbang Grand Central di Midrand antara Pretoria dan Johannesburg, namun terhempas beberapa minit kemudian berhampiran sebuah lombong berdekatan stadium FNB di selatan Johannesburg.

    “Dua penumpang maut. Pesawat juga mengalami kerosakan yang besar,” agensi berita Anadolu memetik SACAA sebagai berkata dalam satu kenyataan.

    Punca kemalangan yang berlaku pada 9 pagi waktu tempatan (0700GMT) masih belum didedahkan oleh SACAA dan memaklumkan laporan awal akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari. – Bernama

    Pesawat ringan tersebut terhempas beberapa minit selepas berlepas. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda