Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat Rusia terbakar selepas mendarat di Turkiye

    ISTANBUL/MOSCOW, 25 NOV – Sebuah pesawat penumpang Rusia terbakar sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antalya di pantai Mediterranean Turkiye.

    Kesemua 79 penumpang berjaya dipindahkan tanpa sebarang kecederaan, lapor agensi berita Jerman, dpa, yang memetik laporan agensi berita Rusia, TASS.

    Pasukan bomba dengan pantas memadamkan kebakaran yang berlaku pada enjin di bahagian kiri pesawat Sukhoi Superjet 100 milik syarikat penerbangan Rusia, Azimuth.

    Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antalya disambung semula selepas kejadian itu. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda