Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Petronas bersedia mulakan projek LNG di Kanada

    KUALA LUMPUR, 8 JULAI – Petronas dalam persiapan untuk memulakan projek LNG di Kanada dengan menambah tiga kapal gas asli cecair (LNG) cekap tenaga baharu yang dibina terutamanya untuk penghantaran dari Amerika Utara kepada pelanggannya.

    Dengan pertambahan tiga kapal baharu iaitu Puteri Sejinjang, Puteri Mahsuri dan Puteri Mayang, jumlah keseluruhan kapal LNG untuk operasi Petronas di Amerika Utara adalah sebanyak enam buah kapal.

    “Sebelum ini, penghantaran dan menamakan tiga kapal pertama, Puteri Saadong, Puteri Ledang dan Puteri Santubong, pada Januari 2024,” menurut Petronas dalam kenyataan hari ini.

    Kapal-kapal itu, yang dibina di limbungan Hyundai Heavy Industries (HHI) di Ulsan, Korea Selatan, masing-masing mempunyai kapasiti kargo sebanyak 174,000 meter padu dan merupakan kapal terbesar dalam kumpulan kapal Petronas pelbagai saiz.

    Ketua Pegawai Operasi Petronas, Adnan Zainal Abidin berkata LNG, komponen utama untuk peralihan tenaga yang adil, akan kekal relevan untuk jangka masa panjang.

    “Dengan ketibaan kapal baharu ini, Petronas mengukuhkan komitmennya untuk menawarkan bahan api pilihan yang amat diperlukan ini kepada pelanggannya melalui kaedah yang cekap dan dipercayai,” katanya. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda