Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Piala Dunia tidak hormati bakat individu – Martinez

    KALININGRAD, 28 Jun – Jurulatih Belgium, Roberto Martinez menyifatkan Piala Dunia ‘tidak menghormati bakat individu’ selepas juara bertahan, Jerman tersingkir dari kejohanan di Rusia itu susulan kekalahan mengejut 2-0 kepada Korea Selatan.

    Martinez mengendalikan skuad Belgium yang dibarisi ramai pemain bertaraf bintang, tetapi bekas jurulatih Everton itu berkata, kekalahan Jerman membuktikan tiada pasukan yang tidak boleh disaingi.

    “Kami semua tahu bakat yang kami miliki. Ia satu generasi yang boleh dibanggakan, terutama Belgium hanya mempunyai 11 juta penduduk.

    Roberto Martinez ketika menghadiri sidang media menjelang aksi terakhir kumpulan menentang England. – AFP

    “Kami juga mempunyai beberapa pemain yang menakjubkan,” katanya kepada pemberita menjelang pertembungan genting Kumpulan G dengan England, awal pagi esok.

    “Tapi, malangnya Piala Dunia tidak menghormati bakat individu. Piala Dunia hanya menghormati pasukan yang bekerja keras antara satu sama lain dan bekerja keras sebagai sebuah pasukan yang mempunyai mentaliti kemenangan.”

    Juara 2014, Jerman, yang tewas dengan dua gol lewat ketika mereka mencari kemenangan di Kazan, menjadi pasukan juara bertahan keempat yang tersingkir di peringkat kumpulan sejak 2002. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda